Wednesday 9 March 2011

".....A Doctor in the House......"

Assalamualaikum w.b.t.....

*Info baru mengenai  tokoh yg saye kagumi sejak zaman saye comey2 dulu...Tun Dr. Mahathir Mohamad...(^_^)

Senyuman Tun Dr. Mahathir Mohamad

" A Doctor in the House : The Memoirs of Tun Dr. Mahathir Mohamad " merupakan tajuk buku memoir mengenai liku-liku kehidupan mantan Perdana Menteri Malaysia ke-4 iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad. Seperti mana yg kita ketahui, Tun Dr. Mahathir merupakan seorang yg berfikiran jauh dalam aspek pembangunan negara dan kerana beliau juga Malaysia dilabelkan sebagai negara yang sedang membangun.

Pelancaran buku tersebut telah berlangsung pada 09 Mac 2011 pada satu majlis di East Atrium Concourse, Mid Valley Megamall. Buku tersebut merupakan terbitan MPH Group Publishing Sdn. Bhd. Buku setebal 800 muka surat itu dijual dengan harga RM100 senaskah itu menceritakan pelbagai kisah mengenai  kehidupan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Dalam penulisan buku tersebut, Tun Dr. Mahathir menceritakan mengenai sejarah hidupnya bermula pada zaman kanak-kanaknya, penjajahan dan pembebasan era British, Perang Dunia Kedua, zaman kemerdekaan negara sehinggalah beliau bergelar seorang Doktor. Selain itu, buku tersebut juga ada menceritakan mengenai mentor beliau semasa beliau aktif dalam bidang politik iaitu  Allahyarham Tun Razak Hussein, Perdana Menteri Kedua pada masa tersebut. Menurut beliau, Allahyarham merupakan seorang pemimpin ikhlas yang benar-benar mahu melakukan sesuatu untuk negara dan orang Melayu. 
 
Pada awalnya, Dr Mahathir berkata beliau terfikir untuk menggunakan tajuk seperti Mahathir the Napolean atau Mahathir the Great sebelum memilih tajuknya.

  • “Saya patut digambarkan sebagai doktor kerana itu adalah saya,” katanya menyifatkan mentadbir sebuah negara juga ibarat doktor yang menjaga pesakitnya.

Dr. Mahathir berkata, buku tersebut mengambil masa lama disiapkan kerana tidak mahu ia menjadi sebuah memoir yang hanya tertumpu kepada dirinya sehingga menyebabkan pembaca bosan selain faktor dirinya yang tidak menaip tetapi menulis tangan sehingga menyebabkan proses menyiapkan draf mengambil masa. Beliau juga menyifatkan penulisan memoir itu seperti menyiapkan versi baru buku kontroversi Malay Dilema yang ditulis pada tahun 1970.

Di samping itu, dalam buku tersebut, beliau juga turut menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ‘individu yang penuh cabaran’ yang sanggup mencabar sesiapa saja bagi memastikannya dapat menawan Putrajaya. (kalau nak tau lebih lanjut, beli ler senanskah)
 

"Saya sering menceritakan kisah ketam-ketam yang dijual di Isle of Man. Saya memerhatikan ketam-ketam itu berbaris ke benteng laut. Tiba-tiba ketam memenuhi persekitaran dan ada di antaranya cuba mendaki benteng.

Saya menegur lelaki itu - sekiranya anda tidak berhati-hati, ketam-ketam itu akan mendaki benteng dan kembali ke laut. Tetapi lelaki itu berkata "TIDAK MUNGKIN. Sebelum seekor ketam dapat melintasi benteng, ketam yang lain akan menariknya ke bawah"

Terfikirlah saya, saya adalah ketam yang di atas dan kini setiap orang cuba sedaya upaya untuk menarik saya kebawah. Dan percayalah, sesiapa sahaja akan menerima layanan serupa"


TUN DR MAHATHIR
( 1984 )


Tun Dr. Mahathir semasa hari pelancaran bukunya


Bapa Pemodenan Malaysia


*ikuti kisah hidup Tun Dr. Mahathir Mohamad di dalam bukunya yg bertajuk "A Doctor in the House : The Memoirs of Tun Dr. Mahathir Mohamad"

**kpd yg ingin membeli buku tersebut, pastikan English anda berada dalam keadaan baik....sebab buku ni takde dalam BM....huhuhuhu....
(saye pun nak jugak dalam BM)  (^_^)



2 comments:

  1. sye sayang bahasa melayu....takkan melayu hilang di dunia...nk jugakkkkkk...:P

    ReplyDelete
  2. hehehehe...beli3...tp dlm BI lerr...huhuhuhu

    ReplyDelete